Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Satu Dunia Menyambut Valentine's Day

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam Maulidurrasul kepada semua umat Islam. Sama-sama kita selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.


.::.VALENTINE" adlh nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adlh hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini isytiharkan hari tersebut sbg hari 'kasih sayang' krn pada nya Islam adalah ZALIM. Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sbg Hari Valentine. Jadi, mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini krn hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol.::.


Seperti yang sedia maklum(entri), Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day akan disambut oleh semua pasangan-pasangan di dunia yang fana ni pada 14 Februari setiap tahun. Hanya segelintir masyarakat yang tak menyambut perayaan ini ATAS NAMA ISLAM.

Alhamdulillah, ada jugaklah sesetengah daripada kawan-kawan aku yang postkan status mengatakan TIDAK kepada Hari Kekasih ni. Siap ada yang mencaci maki sesiapa yang menyambut perayaan ni. Ada juga yang tak nak mengaku kawan kalau ada antara kawannya yang sambut perayaan ni dan macam-macam lagi lah. Kita ambil semua itu dari sudut positif ok. Bagus!

Tapi..... apa kejadahnya update status macam tu sedangkan profile pic gambar tengah berpeluk dengan pasangan ? Bukan main lagi mengalahkan  orang yang sambut valentine pulak. Ada jugak yang pegang konsep 'Hanya pada Hari Kekasih, kita tak boleh bersama(dating)' sebagai tanda yang menunjukkan mereka tak sambut Hari Kekasih. Maknanya hari-hari biasa boleh la? Tolong jangan bermain dengan hukum kalau kita tak tahu. Kalau lah dah tahu kita pun melakukan benda yang salah, buat apa kita nak suruh orang lain jangan buat kesalahan tu. Sebaiknya diam je lah. Lebih elok kalau muhasabah diri.

Apa yang aku ketengahkan ni adalah apa yang terlintas dalam fikiran aku bila baca status-status yang menyejukkan hati tu. Namun aku nak ingatkan juga, tak semua daripada yang ada dalam senarai kawan aku kat Facebook macam ni(pandai berkata-kata). Ada yang ikhlas menasihati kawan-kawannya. 

Akhir kata aku ingin memohon maaf kepada sesiapa  yang terasa. Aku tujukan benda ni secara general. tak ada niat nak ditujukan kepada siapa-siapa. Ini hanya lah pendapat aku. Kalau korang rasa aku salah, sila tegur.  Orang yang matang ialah orang yang boleh menerima pendapat orang lain. So, be mature ok :)

Tahniah Malaysia

1st leg

Malaysia...boleh!! Malaysia...boleh!! begitulah gemanya suasana di Restaurant Nasi Vanggey,Ipoh yang dibanjiri penyokong-penyokong berbaju kuning,warna utama Harimau Malaya. Ditambah pula pasukan bola sepak Malaysia mempersembahkan kualiti permainan yang agak baik di tempat sendiri. Pasukan Harimau Malaya di bawah pimpinan Rajagopal berjaya menutup mulut penyokong Indonesia dengan kemenangan 3-0. Kekecewaan penyokong pasukan Indonesia jelas kelihatan. Ada juga penyokong berbaju merah yang berani hadir dan melepak di tengah-tengah puluhan penyokong Malaysia di restoran ini.

 Rezeki aku pula bertambah baik apabila setiap orang yang menonton perlawanan tersebut di restaurant ini diberi voucher rm5 secara percuma daripada TM. Terima kasih TM. Kedua Ibu bapa saya pun kirim salam kepada TM dan mengucapkan terima kasih.

Ok penat dah berbahasa. haha.
Suasana meriah dan friendly penyokong-penyokong di Vanggey membuatkan aku nak pergi lagi untuk perlawanan 2nd leg antara Malaysia dengan Indonesia. Tambahan pula, kita diberi voucher percuma lagi. Sah-sah makan free. hee.

2nd leg

Tidak sabar rasanya menjelang perlawanan malam itu. Lepas Maghrib memang terus dah nak gerak ke Restaurant Nasi Vanggey. Siap bawak kamera lagi untuk merakam aksi-aksi penyokong Malaysia. Kali ini aku ajak la kawan-kawan sebab itu hari dengan parents. Yela benda baik, apa salahnya kita share kan, dapat makan free semua.

 Aku nak pergi sendiri pada mulanya. Tapi kawan A tu nak pergi sama-sama. Ok fine, aku dengan sorang kawan serumah tunggu. Tunggu punya tunggu, call je 'on the way'. Then malaslah nak desak sangat suruh cepat. Yang kawan B pulak dah siap awal juga tapi sama lah macam aku menunggu kawan A ini. Padahal kawan B ni ada kereta sendiri juga.

8 pm-game dah pun start, aku masih kat rumah. Bila aku call kawan A ni,dia suruh kitorang gerak dulu dengan kawan B. WTF? Aku tak pasti apa masalah sebenarnya. kami pun pergilah ke Vanggey itu. Sah-sah lah full. At last, kami tengok je kat Dataran Ipoh. Dari tengok kat situ, baik tengok kat rumah bersama member-member serumah yang lain lagi meriah.Sepanjang lepak kat dataran itu, aku tak nampak pun batang hidung si kawan A ni. Apatah lagi lubang hidung. HAHA.

Aku post benda ni bukan dituju kepada si kawan A tu. Tapi kepada semua kawan-kawan aku lah. Bukanlah nak mengutuk atau membuka aib orang.Tujuan aku selitkan pasal ini untuk dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan kepada diri aku sendiri dan korang semua. Jangan janji kalau rasa tak boleh ditepati. Apa salahnya cakap dari awal. Tak ada lah menyusahkan orang. Ini siap suruh tunggu lagi. Dah tu satu maaf pun tak ada. Aku tak kesah sangat sebab jaga hati kawan punya pasal kan. Tapi dengan orang lain? Bukan kali pertama benda ni terjadi. Hal yang melibatkan orang lain ni, jangan buat main. Kau salah, aku tegur. Aku salah, ko tegur.

Kalau lah si kawan A tu terbaca entry aku ni, aku memang mengharapkannya lah. Selagi tak ada orang tegur ko, selagi tu lah ko macam tu. Kalau kau datang Dataran Ipoh malam tu, memang aku nak direct je.D Sorry to say lah. Nice to see nice to hold, once broken considered sold. HAHA tiba-tiba.


 Apapun, tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia, juara AFF Suzuki Cup 2010

26. Ada apa dengan angka 26?

ada apa? ada apa?

aku telah menerima satu note kat Facebook di mana seorang kawan aku yang baik hati telah menantar kepada aku. Aku tertarik lah dengan note ni lalu nak share la dengan korang.

Hati-hati dengan angka keramat 26.*klik link untuk note tersebut.

Aku ada lagi satu benda nak kongsi tapi nanti lah. hehe.
Semoga apa yang dikongsi,bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah.

10 zulhijjah 1431H

 "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Assalamualaikum w.b.t.

Firstly aku nk ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang mengenali diri aku ni. Ok bila cakap pasal hari raya aidil adha ini, mesti first yang kita fikir.. KORBAN..LEMBU..HAJI..ape lagi? Tak kesah la kan. Tak salah pon kita fikir macam tu bila fikir raya adha ni. Malah, lagi dituntut dalam islam. Namun, bukan lah raya haji ini untuk kita hanya seronok-seronok cuti,sembelih lembu buat bbq saja. (Ceeh ayat BM je) haha. Ok sambung balik.. Ibadah korban yang perlu betul-betul kita hayati erti pengorbanan tu. Pengorbanan kita terhadap keluarga, terhadap bangsa dan yang paling penting terhadap agama.

Nak cerita pasal haji pulak, yela kan. aku muda lagi. kerja pon belum. Masih tak mampu nk pergi ke Makkah. InsyaAllah kalau ada rezeki, dapatlah aku pergi dalam usia muda. amin :)

Raya tahun ini aku raya di KL je. Tak balik kampung. Sebab apa? tak dapat dikenalpasti. hehe.
Tapi macam tahun-tahun sebelumnya lah kalau raya kt KL, mesti sambut kat rumah Ayah Khor and Mak Alang. Terima kasih kepada tuan rumah,keluarga Ayah Ngah ngan Mak Angah,keluarga Pak Jan ngan Cik Dora,keluarga Umi Su, dan pasangan Uncle Amir ngan Cik A kerana memeriahkan suasana hari raya ini. Keluarga cik T, keluarga Cik Lin,kelauarga Ayah Chik, keluarga Ayah Su yang seronok beraya di kampung,silalah jeles. HAHA. Begitu banyak cerita kat raya pertama ini. Tapi tak apalah, aku nak cerita jugak :P Cerita melalui gambar.

baby nylea and baby hasya seronok bermain


lembu ini redha je. da siap terbaring dah.

anak muda yang bakal memimpin negara pada masa depan :)


                                  tolor! tutup mata!                                               semangat kekeluargaan :)



3 dara


nak bakar daging, kemeh je Ayah Khor buat

oreo cream cheese nih mmg best. kejap je da licin. yurrmm..
hari raya makan kek. HAHA

maveless! siap ada sikit rasa darah-darah lagi. HAHA

kaum ibu juga tidak ketinggalan untuk bergambar

                           

kanak-kanak riang

tak dapat ride, dapat bergambar pun jadilah kan? hehe.

Sebelum balik ke rumah masing-masing, bergambarlah dengan motor 4 tayar ni(tak tau nama).Tapi sedap lah bawak.Rasa kelainannya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA :)

note kat FB: bila kita boleh menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar..

ok baru-baru ini aku ada terbuka lalu terbaca lalu tertarik lalu terkezut lalu terfikir jugak la..1 note tentang ramai antara kita ini dah bertunang tanpa kita sedari. macamana tu? ok ini aku bagitahu awal-awal aku copy paste note dia ya. korang baca lah....

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.




Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

haa. ini lah dia isi-isi note tu.. mesti terkejut kan? bagi yang dah tahu, tak terkejut lah kan. yang belum tau tu?
actually note ini dipetik dari ceramah motivasi dari Ustaz Azhar Idrus.

apa yang aku cuba nak bagitahu la kan. orang sekarang cepat sangat terikut-ikut benda yang diorang rasa seronok bagi diorang. tengoklah kebanyakkan daripada mereka yang baca note ini komen,share dengan kata 'wahh, aku dah bertunang lah :D' , 'yeke? ish alhamdulillah jimat duit tak payah beli cincin hantaran semua' dan macam-macam lagi lah. jangan nak menipu. sama ada kita percaya atau tidak, mesti terdetik kat kepala 'wahh, aku pernah/dah bertunang :)' termasuk lah aku sendiri :P haha. kebanyakkannya berbaur keseronokan dan kebahagiaan lah senang cerita. sedangkan diri sendiri tidak tahu betol atau tak info tu? dari mana sumbernya? ada dalil ke tidak? da keluar fatwa ke belum? 

yang aku peliknya, islam ada hukum tak boleh buat maksiat,buat maksiat tu berdosa besar sume..tak ada pulak orang yang berhenti buat kan? malah macam-macam je alasan kita seperti 'tak ape kot','ala kali ini je' dan macam-macam la lagi. er paham tak? haha.

bukanlah aku nk ckp Ustaz Azhar Idrus tu salah ke ape. bukan. yela kan. islam ni banyak mazhab. banyak pendapat. tapi pada pendapat aku la kan, takkan lah semudah tu je nak bertunang tanpa pengetahuan wali perempuan sebab islam tidak sesekali membelakangkan wali atau keluarga dalam bab pernikahan kerana ia melibatkan institusi keluarga. tapi ini pendapat aku la kan. kalau salah atau ada yang tak puas hati, tegur lah ye. jangan risau, aku terima.

aku pon malas nak cakap banyak pasal ini. bukan apa. sebab isu ini melibatkan hukum dalam islam.
sangatlah tidak berani nak bermain dengan hukum. sebab aku bukannye banyak sangat ilmu di dada ini.
kalau kita tidak tahu,baik diamkan aje. jangan pandai-pandai bagi hukum sebab kalau orang guna hukum yang kita sampaikan? bertambah sakit lagi orang tu sampaikan pulak ke orang lain? haa kan dah berduyun-duyun menanggung dosa.

kesimpulannya, kita tak payah fikirkan sangat sebab selagi kita masih belum akad nikah atau berkahwin. kita belum lagi boleh sesuka hati je buat-buat macam dah bersuami isteri. kalau aku salah, tolong la tegur ye :P. pasal note ini.. wallahua'am.

gambar hiasan


kehilangan seorang sahabat.

16hb oktober... lebih krg pkol 4.45 sahabat kite Tengku Nurifnizati(mnta maaf kalo salah eja nama) telah selamat kembali ke rahmatullah... walaupun kite x serapat mana.. ade jugak la sembang2 kt fb.. :(
semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan dalam kalangan org yg beriman.. amin..

yg berlalu biarkan berlalu..kite yg hidup ini teruskan la hidup.. anggaplah kematian sahabat kita ini, sebagai amaran kpd kite yg masih hidup ni.. setiap manusia bakal menemui kematian.. di mana kematian akan smpai tepat pada masanya apabila Allah memanggil kita..tidak lambat atau cepat walau sesaat pon..
ingtlah dgn memperingati hari kematian kite, insyaAllah dpt mningkatkan iman kite..
apabila kematian jugalah bermulanya kehidupan yg sebenar, sementara kite di dunia ini hanya bermimpi
untuk beriman kpd Allah :)

yg berlalu biarkan berlalu.. bknnye dgn bersedih je memanjang org bole hidup balik. btol x? hehe.
alang2  kami 1 sekolah dulu dah jumpe en. ye lla bkn sng nk jumpe. masing2 sibuk dgn study(kononnye)..
kami pon lepak2 bersama di ulu chepor.. best! tu je :)