note kat FB: bila kita boleh menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar..

ok baru-baru ini aku ada terbuka lalu terbaca lalu tertarik lalu terkezut lalu terfikir jugak la..1 note tentang ramai antara kita ini dah bertunang tanpa kita sedari. macamana tu? ok ini aku bagitahu awal-awal aku copy paste note dia ya. korang baca lah....

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.




Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

haa. ini lah dia isi-isi note tu.. mesti terkejut kan? bagi yang dah tahu, tak terkejut lah kan. yang belum tau tu?
actually note ini dipetik dari ceramah motivasi dari Ustaz Azhar Idrus.

apa yang aku cuba nak bagitahu la kan. orang sekarang cepat sangat terikut-ikut benda yang diorang rasa seronok bagi diorang. tengoklah kebanyakkan daripada mereka yang baca note ini komen,share dengan kata 'wahh, aku dah bertunang lah :D' , 'yeke? ish alhamdulillah jimat duit tak payah beli cincin hantaran semua' dan macam-macam lagi lah. jangan nak menipu. sama ada kita percaya atau tidak, mesti terdetik kat kepala 'wahh, aku pernah/dah bertunang :)' termasuk lah aku sendiri :P haha. kebanyakkannya berbaur keseronokan dan kebahagiaan lah senang cerita. sedangkan diri sendiri tidak tahu betol atau tak info tu? dari mana sumbernya? ada dalil ke tidak? da keluar fatwa ke belum? 

yang aku peliknya, islam ada hukum tak boleh buat maksiat,buat maksiat tu berdosa besar sume..tak ada pulak orang yang berhenti buat kan? malah macam-macam je alasan kita seperti 'tak ape kot','ala kali ini je' dan macam-macam la lagi. er paham tak? haha.

bukanlah aku nk ckp Ustaz Azhar Idrus tu salah ke ape. bukan. yela kan. islam ni banyak mazhab. banyak pendapat. tapi pada pendapat aku la kan, takkan lah semudah tu je nak bertunang tanpa pengetahuan wali perempuan sebab islam tidak sesekali membelakangkan wali atau keluarga dalam bab pernikahan kerana ia melibatkan institusi keluarga. tapi ini pendapat aku la kan. kalau salah atau ada yang tak puas hati, tegur lah ye. jangan risau, aku terima.

aku pon malas nak cakap banyak pasal ini. bukan apa. sebab isu ini melibatkan hukum dalam islam.
sangatlah tidak berani nak bermain dengan hukum. sebab aku bukannye banyak sangat ilmu di dada ini.
kalau kita tidak tahu,baik diamkan aje. jangan pandai-pandai bagi hukum sebab kalau orang guna hukum yang kita sampaikan? bertambah sakit lagi orang tu sampaikan pulak ke orang lain? haa kan dah berduyun-duyun menanggung dosa.

kesimpulannya, kita tak payah fikirkan sangat sebab selagi kita masih belum akad nikah atau berkahwin. kita belum lagi boleh sesuka hati je buat-buat macam dah bersuami isteri. kalau aku salah, tolong la tegur ye :P. pasal note ini.. wallahua'am.

gambar hiasan


No comments:

Post a Comment