Showing posts with label i love nature. Show all posts
Showing posts with label i love nature. Show all posts

Cuti-cuti di Putrajaya

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya.

      Bukan main lagi orang-orang cina ni sambut raya. Kebabomm! sini, Kebabomm! sana. Tapi tak apa lah adat sambut raya kan kita duduk kat Malaysia yang berbilang kaum ni. Time kita raya, kita tak fikir pulak bising semua tu. hehe.

      Balik kepada tajuk, aku nak berkongsi satu tempat pelancongan yang best kat Putrajaya. Nama tempat tu Pullman lakeside kat presint 6,Putrajaya. Pemandangan kat sana memang cantik lah kalau nak bergambar atau nak lepak-lepak makan angin cuti-cuti ni. Aku pergi pun tak dirancang lepas balik dari melawat Ika kat Shah Alam. Doakan dia cepat sembuh ok. hehe. 

     Sempatlah juga aku merakam saat-saat kami di sana  Walaupun cuaca agak mendung, lepas hujan dah tu nak masuk senja dah. huhu. Konklusinya, aktiviti tanpa dirancang ni best lah. Kat bawah ni ada la sedikit gambar dari kamera cap ayam yang sempat aku shoot kat Pullman tu. hehe.








 

Cuti Thaipusam

Agaknya masih belum terlambat untuk aku post entry ini. Bukanlah aku nak cerita yang aku join diorang semua tu ber-thaipusam. HAHA. Kami satu rumah kecuali 'Fad the fixie' gi mandi sungai di Hutan Tambun Lata.

Best jugak lah. Dalam airnya paras leher aku jugak. Nasib baik aku tinggi lah. Kalau lah si Amalina yang terjun dalam tu, tak tau lah. Ntah nampak buih je kot. HAHAHA tett.. Nak masuk ke tempat tu bukan main lawa jalan nya. Tak caya bawak lah motor laju-laju, naik kuda free. hehe.




Ana Roslan in action

Place: Taiping,Perak.
Date: 25 December 2010
Concept: wanita melayu terakhir, ala-ala Lisa Surihani. HAHA.
Talent: Ana Roslan a.k.a Lisa Surihani







 



BBQ di Ulu Yam

22hb november, kitorang telah mengisi cuti sem kitorang dengan aktiviti yang macam menarik jugak lah. Tak lah sekadar lepak-lepak maple sembang kosong berjam-jam,main snooker,main futsal yang selalu kitorang buat bila cuti.Kitorang itu ialah aku,John,Ajay,Botak,Edy,Topek,Kechik,Fakhrul,Andak,Yaya dan kakak Andak.Hanif mula-mula ok tapi dia kat UITM Shah Alam tak ada bas pagi-pagi.Tapi dia kata dia turun KL jugak tapi lambat sikit lah.Papehal dia text.Memang ada line pon kt Ulu Yam tu. HAHA. Member-member yang lain tak dapat join event kali ini mungkin sebab sibuk atau ada hal lain ke. its ok guys,next time boleh lagi  :)

Malam sebelum event

Masalahnye sekarang,antara kami. Mana lah tahu nak buat BBQ tu sebenarnya. AHAH. Tak apa. Biar tak reti, tapi ada semangat mencuba. hehe. Malam 22hb tu Isa Hanis bawak kami ke supermarket beli barang. Aku,Botak dan Fakhrul pon jalan lah tugas. Kalau nak tahu, kitorang tak tanya satu benda pon kat situ. Bak kata Botak, biar kita tak tahu, asalkan orang tengok kita macam tahu. HAHA.

Nak tahu tak ape resipi yang kami gunakan? haa, jawapannya tak ada resipi !! kami main tabuh je. Tapi korang mesti nak tahu jugak kan? tak apa mari aku senaraikan. Aku tak kedekut ilmu. hehe.
  • ayam/sosej
  • bawang merah/putih
  • serbuk cili
  • kunyit
  • daun serai
  • halia
  • sos tiram
  • gula/garam
  • serbuk lada hitam
  • seasoning maggi
Haa. ape lagi? tak ada kuantiti semua? biasalah kata pon tabuh je kan. hehe.
Tapi bile dah habis kerja semua masa nak masuk peti ais .BEERRGHH!! menusuk kalbu bai. Dari bau dah tahu dah memang ramuan ni sedap gile.*poyo gille puji diri sendiri.hehe. Rasa macam nak bakar malam tu je rasanya. Tak apalah. tunggu je esok. Sabar itu separuh daripada iman :)
  

Hari event

Tiba lah hari yang dinanti. cewah. Plannya pagi-pagi lagi dah nak gerak dah. Paling bansat pon sampai sana dalam pukul 10pagi.Tapi faham-faham jelah. Kami orang melayu. Pukul 10 tu lah diorang bangun*diorang je, aku bangun awal. HAHA. Tengok-tengok tengahari jugak. Penatlah bercerita, biar lah gambar menceritakan segalanya...






  Haa nampak tak betapa nampak macam sedapnya ayam itu. Bukan macam lagi,memang sedap lah. Bukan aku yang kata, bukan botak yang kata,bukan fakhrul yang kata. Tapi mereka yang kata.'korang dah boleh bukak bisnes dah ini','ramuan ini best,asal tak record?',berghh,pedas dia buat kita rasa nak lagi' dan macam lagi lah.Benda-benda macam ini dah bosan terngiang-ngiang kat telinga nih.HAHA. Lagi satu, bila kita makan ayam ini kan, fikiran kita macam terhenti seketika.tak boleh berfikir. Tengah kunyah tu, 'apa yang aku fikir ini'. Betapa sedapnya hasil air tangan kami bertiga.HAHAHA.

 Ini adalah bukti. Kechik tak dapat nak berfikir masa dia tengah mengunyah ayam tu.HAHA

 Lihatlah, semua tak mengendahkan kata-kata Botak.

 Kechik masih lagi belum mendapat jawapannya sementara John macam baru tersedar 
setelah ayam sampai ke perut. HAHA.








gambar nampak soft sebab cahaya dan air-air yang sikit-sikit terkena kat filter masa aku redah air terjun untuk ke tempat yang lagi cantik. Air paras atas perut, bawak kamera. gamble tak? HAHA.

On the way nak balik tu, masa baru nak ada line telefon. Dapat pulak masing-masing mesej dari celcom/maxis 'you have xx misscall'. Dari pukul berapa ntah hanif tunggu kat Terminal Putra Gombak. Kesian kat dia.Sorry Haniff. Tak tahu nak salahkan siapa sekarang ini.
Tak apa lah lain kali buat lagi ye dak? hehe.

Nature Outing bersama Alangraphy

Semalam aku telah mengikuti kursus fotografi bersama Alangraphy yang bertemakan nature. Outing kali ini memang best. tak tahu kenapa. anda kena rasakannya sendiri. HAHA. Banyak benda baru yang aku belajar dari sini. Memang ini lah niat aku, nak belajar.Yang dah terer, tak payah nk join outing ni. hehe tak ada lah.

 Begitu lama juga aku tak follow outing-outing macam ini. bukan lah dah terer ke apa. Just tak ada masa study kan :P Sekarang ini tengah cuti-cuti ini la aku ambik kesempatan join outing ini. Selalunya aku keseorangan kalau follow mana-mana outing and jumpa kawan baru. Tapi kali ini, dapat goda Isa Hanis dan Ajay follow sekali. Tapi ini tak bermakna aku mendiamkan diri tak berkawan dengan orang lain tau. beragak sikit! haa kan da marah. HAHA.

Buktinya? buktinya outing kali ini aku tak berapa nak snap gambar sangat. Aku pun tak perasan. Bila nk balik, 'aik! sikit je gambar aku'. HAHA. Actually aku tak ada idea dan blank gile lah. Aku just banyak meluangkan masa tengok gambar orang dan puji-puji 'cantik ni cantik' sedangkan gambar aku tak cantik. haih. *frust dan jelez.


photogroup yang menggunakan trigger.cool
wah.. bergaya di depan. bajet saing-saing orang kuat pulak. huhu
*kedua-dua gambar ini bukan gambar aku ye



Dalam Outing kali ini, kitorang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan ditugaskan untuk manage fotografi sendiri menggunakan elemen nature yang ada dalam hutan ulu yam ini dengan bendera Malaysia(mengade-ngade je colour cmni) .Untuk menghidupkan bendera Malaysia dalam gambar ni lah aku bersama-sama dengan yang lain mencari,mencuba,bertukar idea fotografi. Inilah gambar-gambar yang sempat aku snap.Maklum lah kan, aku lebih ke dalam bidang model kali ni. HAHAHA *gurau je.






KIBARKANLAH JALUR GEMILANG!!



Dalam outing ini juga lah kami peserta-peserta diajar dan diberi tunjuk ajar macamana nak dapatkan effect ray of light(ROL).ROL ini bukan yang edit-edit punya ye.Ini original punya dari ciptaan Tuhan yang maha Esa. 





Potrait dan gambar kenang-kenangan.Rasa macam kitorang lebihkan dalam benda ini pulak. Pasal apa, nak letak kat profile pic on Facebook. HAHA. Kepada kawan-kawan baru yang lain,minta maaf lah sebab gambar diorang ini pun atas permintaan mereka sendiri.Tak ada niat pon. hehe.


Sebelum chow dari situ, snaplah 1 gambar bertiga.
Muka masing-masing penat,berminyak,gelap,rentung dan macam-macam lagi lah.HAHA.

TERIMA KASIH KEPADA ALANGRAPHY
DAN SEMUA YANG TERLIBAT DALAM OUTIING INI.