Showing posts with label semaian. Show all posts
Showing posts with label semaian. Show all posts

Cuti-cuti di Putrajaya

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya.

      Bukan main lagi orang-orang cina ni sambut raya. Kebabomm! sini, Kebabomm! sana. Tapi tak apa lah adat sambut raya kan kita duduk kat Malaysia yang berbilang kaum ni. Time kita raya, kita tak fikir pulak bising semua tu. hehe.

      Balik kepada tajuk, aku nak berkongsi satu tempat pelancongan yang best kat Putrajaya. Nama tempat tu Pullman lakeside kat presint 6,Putrajaya. Pemandangan kat sana memang cantik lah kalau nak bergambar atau nak lepak-lepak makan angin cuti-cuti ni. Aku pergi pun tak dirancang lepas balik dari melawat Ika kat Shah Alam. Doakan dia cepat sembuh ok. hehe. 

     Sempatlah juga aku merakam saat-saat kami di sana  Walaupun cuaca agak mendung, lepas hujan dah tu nak masuk senja dah. huhu. Konklusinya, aktiviti tanpa dirancang ni best lah. Kat bawah ni ada la sedikit gambar dari kamera cap ayam yang sempat aku shoot kat Pullman tu. hehe.








 

Ana Roslan in action

Place: Taiping,Perak.
Date: 25 December 2010
Concept: wanita melayu terakhir, ala-ala Lisa Surihani. HAHA.
Talent: Ana Roslan a.k.a Lisa Surihani







 



Lumut lagi

Weekend baru-baru ini(10hb-12hb Disember), sekali lagi aku lepak Lumut. Asik-asik Lumut. tak bosan ke? Well nak buat macamana. Ipoh lagi lah dua kali ganda bosan. huhu. Tak ada lah, sebenarnya ada tugas yang perlu aku selesaikan kat sana. Weekend ini Marchella sangat lah busy. Show sana sini. HAHA. Stay rumah member,Ajay.Lepak-lepak dengan Cat,Razie,Abby,Azim. Balik-balik kelas petang jumaat tuh,terus aku gerak sebab malamnya aku kena ada kat sana dah. Mentang-mentang awal sem.... bla bla bla.........................*forward.



 Keesokan harinya pula iaitu Sabtu, plan nak gerak Teluk Intan. Kebetulan pula, Fakhrul,Hariri,Hanif dan seorang membe diorang dari Poli Behrang yang bermalam di Tapah pun nak ke Teluk Intan. Diorang memang dah dekat sangat dah. Tapi last sekali, kitorang tak jadi atas sebab-sebab tertentu. Tapi korang jangan ingat cerita ini habis kat sini je. HAHA. Diorang dari Tapah sanggup turun Lumut semata-mata nak lepak sama. Inilah yang dinamakan persahabatan :)AHAHA. Kitorang pon pergilah ke...bla bla bla...................*forward



Pada hari Ahad pulak, tibalah masa untuk aku berangkat ke Ipoh Bandaraya. *padahal lepak lagi. Banyak juga lah kenangan pahit manis sepanjang tiga hari aku berada kat sana. Lain kali, kompom aku pergi lagi. Maybe next time aku pergi sana, aku akan.....bla bla bla....................*forward

Ok lah. itu aje kot. Cerita panjang-panjang, bukan best pun. bye :)

Kellie's Castle

7 Disember, Aku,Isa,Apek,Fadz,Yana dan Hani jalan-jalan bergambar di Kellie's Castle,Batu Gajah,Perak. Tapi Isa bawak si Hani pulak dah yang ala-ala model ini. So outing ini mcam lebih kepada modelling shoot pulak. hehe. Konon-Konon nak buat photoshoot lah kan. Tapi macam tak sedap lah panggil 'photoshoot'.Gaya macam pro photographer je. Elok aku namakannya jalan-jalan je. huhu.

Aku ceritakan serba sedikit la pasal istana ini. Banyak sejarah Kellie's Castle ini sebenarnya. Istana ini telah dibina oleh William Kellie lebih kurang pada tahun 1920 lebih macam tu kot. Aku ada terbaca satu artikel yang ditampal kat satu dinding dalam itu, roh Kellie William masih berlegar-legar di balkoni tingkat dua itu. Tak tau lah betul ke tidak. huhu seram.

Istana ini tak sempat disiapkan oeh Kellie. Itu yang jadi tarikan agaknya ramai juga pengunjung yang datang.Oleh sebab itu juga lah ada banyak cerita yang tak sedap. Ada pulak dengar cerita, selepas Kellie meninggal dunia, ada juga usaha nak siapkan istana ini. Tapi pekerja-pekerja sikit demi sikit mati. Siapa bunuh? Jangan tanya aku. HAHA. Kalau nak tahu lagi pasal sejarah istana ini klik sini.


 








 Kalau korang bosan-bosan dan ada masa, datanglah ke Kellie's Castle ini. Memang sesuai dan cantik la kalau nak tangkap-tangkap gambar. huhu

Samseng Jalanan

Aku tak pasti sama ada entry aku ini akan menimbulkan kemarahan mat-mat rempit kat luar sana. Tapi aku jamin, tak kot. Rilek la brader..tak ada aku kutuk-kutuk korang. Aku pon sama macam korang. HAHAHAHA.

Semenjak-menjak aku pakai motor ini aku macam di cop rempit. Eh siapa yang bawak motor je Mat rempit ke? fuhhh..ramai betul mat rempit kat Malaysia. Boleh tahan jugaklah Malaysia ini, setiap minggu beribu-ribu orang mendaftar untuk jadi mat rempit. HAHA.

Aku terfikir pasal rempit ini sebab fikiran aku sekarang ini kat motor aku yang ada kt rumah sewa Ipoh itu. Harap-harap selamat lah ye. Sebelum ini ada lah masalah sikit kalau tinggal. Tapi ok balik la kot. Aku tahu-tahu pasal motor sikit-sikit pon kat Ipoh la. Kalau tak, hareemm..


Aku ni nak kata tak suka kat mat rempit tu, tak lah. Nak kata suka, tak jugak. Ada certain thing la jugak yang aku tak suka tuh. Biasa lah, diorang ini macam... Ok tanak cakap apa-apa. hehe. Tapi ada benda yang aku tabik spring lah kat diorang and habit yang aku minat kat diorang.Tapi tak semua lah. Ada yang ok, ada yang tak. aku pon ada je membe-membe rempit, especially Izzul Hanif. HAHAHA.*gurau je

Diorang ini semangat tinggi. Tapi tu lah, tak bertempat pulak. hehe.Lagi satu, diorang ini tetap pendirian. 1 Malaysia siap dah kutuk-kutuk mat rempit, diorang tetap dengan diri diorang. Maksud aku tak mengikut-ikut dengan budaya barat yang budak-budak hot dok layan. hehe. Tapi terlalu tetap sampai ajaran akhlak pun tak nak ikut, susah jugak. hehe. Haa ini yang penting. Diorang pandai buat aksi-aksi pacak semua. Korang reti ke? Ingat senang ke nak buat semua itu? Aku dah cuba banyak kali, jadinya sekali je. HAHA *aku tipu.

 Hehe. Gambar ini aku snap kat depan rumah sewa kat Ipoh je. Betol-betol depan rumah baru balik dari Parade tengah belek-belek kamera. Tiba-tiba dengar orang remp, dengan pantas tangan aku panning mamat ni. Elok pulak dia senyum bila nampak kamera. HAHA.

p/s: kepada yang berada dalam gambar, kalau terjumpa blog ni, roger-roger la. Nak jugak snap aksi-aksi lain.HAHA

Overnight di Lumut/Pulau Marina

Lumut
Ok malam 1hb Disember aku,Ajay,Fad,Edy,Cat dan Razi lepak-lepak makan then terus ke Lumut. Dah kat Lumut tu ada apa pulak kan. Ajay dan Razi bawak gitar. Yela diorang je yang reti main. hehe. Apa lagi? tak kan simpan dalam kereta je kot. Bawak lah keluar and cari satu port. Ok port kami ambik ini senang cerita, lengang-lengang la orang. Line clear je. Petikan gitar dituruti suara-suara sumbang mula bernada~

 Dari port kitorang lepak yang tak berapa nak ada orang tu,tiba-tiba jadi ramai. Bukan lah ramai macam tengok konsert ke apa. Cuma bertambah-tambah la orang lepak dekat-dekat situ. Siap ada yang merakam aksi kami lagi. Kami pulak selamba je nyanyi kuat-kuat semua kan. hehe. Aku kalau dah ramai-ramai, hilang lah segan tuh. hehe.Kalau siapa-siapa yang terbuka ke blog aku ni yang ada kat Lumut,depan Hotel Putra tu waktu ini,'kami lah yang nyanyi-nyanyi tuh.' HAHA.

 Haaa. ini antara bro yang datang kat kitorang tanpa segan silu nak lepak dengan kitorang. Yang baju Levi's itu. Rilek je tegur 'Assalamualaikum... best kan lepak-lepak macam ini, aku suka.' Yang bestnye bila aku bagitahu yang kitorang 18tahun, dia terkejut. Dia ingat dalam 20-an macam tu katanya. hehe. Yang kitorang pulak bila dia bagitahu dia 32 tahun,kitorang lak terkejut. HAHA. Nampak macam muda. Yeah, kami dah nampak matang. HAHA



 Pulau Marina
.Bila dah bosan asyik tempat itu je kami lepak, kami pun beralih angin ke tempat yang tenang
sikit. Lewat-lewat malam,awal-awal pagi ini,seronok layan jiwang. hehe. Kami lepak kat titi halus,menghadap air laut yang berada di Pulau Marina. Memang tenang gila la wa cakap sama lu.


 Lihatlah muka masing-masing,melayan perasaan. Masing-masing menyanyikan lagu sementara dalam hati untuk ikhlas untuk orang yang tersayang.*tapi aku tak lah,mana ada awek.HAHA.Tapi memang layan habis lah. Dari lagu yang tak tau,jadi tau secara tiba-tiba. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.Bunyi air berkocak dan menghempas pantai. Fuuhhhh~

p/s: kitorang ada record nyanyi lagu Adamaya. Tapi tak payah la upload. Tak elok bukak aib orang. HAHA  tiba-tiba.

Lepas dah penat, kami pun berjalan lah lalu ternampak bola-bola kat atas padang yang agak lapang jugak lah. Ingatkan bola itu untuk hiasan semata-mata. Tapi siapa entah yang cakap memang boleh main, kami pun bedey je ler.HAHA. Da macam budak-budak dah waktu itu. Lawan siapa berdiri paling lama dan berjalan atas benda alah itu. Tapi peduli apa, bukan selalu. Lagipun bukan ada orang pun. hehe. Agaknya waktu petang, ramai kot yang main bola-bola ini.

Kesimpulannya, gentle aku cakap, best gile lepak malam tu. Dalam banyak-banyak lepak, malam itu lah yang aku macam rindu dan rasa macam nak kembali. HAHA. *bapak geli doe. Dengan malam itu yang tak berhenti-henti gelak. Aku penat gelak sampai terdiam malas nak bukak mulut dah. hehe. Ini semua Zahidi Syafie punya pasal. HAHA.