Showing posts with label PUO. Show all posts
Showing posts with label PUO. Show all posts

Penutup cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada semua.

Holiday is nearly over. I'm so sad, i'm very sad. Sad much much. I hope my holiday will be untill when-when but what i can do. I'm just a normal student. Not Prime Ministry not also lecterur or polytechnic boss. Oh ok done. Credit to my friend, Ikhwan maru for the good english lesson to me. I mean bad bad english.

Ok lupakan semua kat atas ni. HAHA.Aku memang tak reti speaking. hehe

 Kejap betul masa berlalu. Cuti rasa macam kejap gile je. Masa banyak dihabiskan dengan benda yang tak berfaedah seperti ber-facebook dan macam-macam lagi. Study?? tak kot. HAHA. Dah rasa cuti nak habis ni aku macam biasalah jalankan aktiviti kegemaran aku iaitu berjalan. hehe. 

Kali ni aku nak berkongsi tentang Bukit Tinggi,Pahang. Bukan Bukit Tinggi kat Klang tu ye. Kat Klang sana nak buat apa. Aku pergi sana pun bukan buat apa pun. Saja jalan-jalan dah tak tau nak pergi mana. 

So macam biasa, gambar je lah sebagai penghias blog ni. Nak taip panjang, tak reti. hehe. Tengoklah gambar-gambar dari kamera cikai yang sempat aku rakamkan ketika berada di sana. Terima kasih.










Potrait

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Kali ni aku nak share 1 gambar potrait yang aku shoot dekat Sitiawan beberapa minggu yang lepas. Gambar jenis potrait ni adalah salah satu faveret aku lah dalam dunia fotografi ni. Walaupun tak lah pandai sangat buat potrait ni.

 Aku minat dalam potrait ni sebab 1 gambar potrait tu dapat menggambarkan perasaan seseorang melalui wajah. Sama ada gembira, sedih, sepi, dan macam-macam lagi lah. Dari situ, kita dah dapat cerita dalam gambar tersebut. Lagi cun kalau ditambah dengan latar belakang yang cantik dan menarik.

Ok lah taip panjang-panjang pun tak de guna. Ini lah dia gambar yang aku nak kongsikan tadi. Harap kepada yang otai-otai dapat memberi komen yang membina sebab aku dalam proses pembelajaran lagi ni. Betul ke tak gambar ni dikatogerikan sebagai gambar potrait pun tak tahu. hehe.Terima Kasih.



Cuti Thaipusam

Agaknya masih belum terlambat untuk aku post entry ini. Bukanlah aku nak cerita yang aku join diorang semua tu ber-thaipusam. HAHA. Kami satu rumah kecuali 'Fad the fixie' gi mandi sungai di Hutan Tambun Lata.

Best jugak lah. Dalam airnya paras leher aku jugak. Nasib baik aku tinggi lah. Kalau lah si Amalina yang terjun dalam tu, tak tau lah. Ntah nampak buih je kot. HAHAHA tett.. Nak masuk ke tempat tu bukan main lawa jalan nya. Tak caya bawak lah motor laju-laju, naik kuda free. hehe.




Ana Roslan in action

Place: Taiping,Perak.
Date: 25 December 2010
Concept: wanita melayu terakhir, ala-ala Lisa Surihani. HAHA.
Talent: Ana Roslan a.k.a Lisa Surihani







 



Tahniah Malaysia

1st leg

Malaysia...boleh!! Malaysia...boleh!! begitulah gemanya suasana di Restaurant Nasi Vanggey,Ipoh yang dibanjiri penyokong-penyokong berbaju kuning,warna utama Harimau Malaya. Ditambah pula pasukan bola sepak Malaysia mempersembahkan kualiti permainan yang agak baik di tempat sendiri. Pasukan Harimau Malaya di bawah pimpinan Rajagopal berjaya menutup mulut penyokong Indonesia dengan kemenangan 3-0. Kekecewaan penyokong pasukan Indonesia jelas kelihatan. Ada juga penyokong berbaju merah yang berani hadir dan melepak di tengah-tengah puluhan penyokong Malaysia di restoran ini.

 Rezeki aku pula bertambah baik apabila setiap orang yang menonton perlawanan tersebut di restaurant ini diberi voucher rm5 secara percuma daripada TM. Terima kasih TM. Kedua Ibu bapa saya pun kirim salam kepada TM dan mengucapkan terima kasih.

Ok penat dah berbahasa. haha.
Suasana meriah dan friendly penyokong-penyokong di Vanggey membuatkan aku nak pergi lagi untuk perlawanan 2nd leg antara Malaysia dengan Indonesia. Tambahan pula, kita diberi voucher percuma lagi. Sah-sah makan free. hee.

2nd leg

Tidak sabar rasanya menjelang perlawanan malam itu. Lepas Maghrib memang terus dah nak gerak ke Restaurant Nasi Vanggey. Siap bawak kamera lagi untuk merakam aksi-aksi penyokong Malaysia. Kali ini aku ajak la kawan-kawan sebab itu hari dengan parents. Yela benda baik, apa salahnya kita share kan, dapat makan free semua.

 Aku nak pergi sendiri pada mulanya. Tapi kawan A tu nak pergi sama-sama. Ok fine, aku dengan sorang kawan serumah tunggu. Tunggu punya tunggu, call je 'on the way'. Then malaslah nak desak sangat suruh cepat. Yang kawan B pulak dah siap awal juga tapi sama lah macam aku menunggu kawan A ini. Padahal kawan B ni ada kereta sendiri juga.

8 pm-game dah pun start, aku masih kat rumah. Bila aku call kawan A ni,dia suruh kitorang gerak dulu dengan kawan B. WTF? Aku tak pasti apa masalah sebenarnya. kami pun pergilah ke Vanggey itu. Sah-sah lah full. At last, kami tengok je kat Dataran Ipoh. Dari tengok kat situ, baik tengok kat rumah bersama member-member serumah yang lain lagi meriah.Sepanjang lepak kat dataran itu, aku tak nampak pun batang hidung si kawan A ni. Apatah lagi lubang hidung. HAHA.

Aku post benda ni bukan dituju kepada si kawan A tu. Tapi kepada semua kawan-kawan aku lah. Bukanlah nak mengutuk atau membuka aib orang.Tujuan aku selitkan pasal ini untuk dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan kepada diri aku sendiri dan korang semua. Jangan janji kalau rasa tak boleh ditepati. Apa salahnya cakap dari awal. Tak ada lah menyusahkan orang. Ini siap suruh tunggu lagi. Dah tu satu maaf pun tak ada. Aku tak kesah sangat sebab jaga hati kawan punya pasal kan. Tapi dengan orang lain? Bukan kali pertama benda ni terjadi. Hal yang melibatkan orang lain ni, jangan buat main. Kau salah, aku tegur. Aku salah, ko tegur.

Kalau lah si kawan A tu terbaca entry aku ni, aku memang mengharapkannya lah. Selagi tak ada orang tegur ko, selagi tu lah ko macam tu. Kalau kau datang Dataran Ipoh malam tu, memang aku nak direct je.D Sorry to say lah. Nice to see nice to hold, once broken considered sold. HAHA tiba-tiba.


 Apapun, tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia, juara AFF Suzuki Cup 2010

Lumut lagi

Weekend baru-baru ini(10hb-12hb Disember), sekali lagi aku lepak Lumut. Asik-asik Lumut. tak bosan ke? Well nak buat macamana. Ipoh lagi lah dua kali ganda bosan. huhu. Tak ada lah, sebenarnya ada tugas yang perlu aku selesaikan kat sana. Weekend ini Marchella sangat lah busy. Show sana sini. HAHA. Stay rumah member,Ajay.Lepak-lepak dengan Cat,Razie,Abby,Azim. Balik-balik kelas petang jumaat tuh,terus aku gerak sebab malamnya aku kena ada kat sana dah. Mentang-mentang awal sem.... bla bla bla.........................*forward.



 Keesokan harinya pula iaitu Sabtu, plan nak gerak Teluk Intan. Kebetulan pula, Fakhrul,Hariri,Hanif dan seorang membe diorang dari Poli Behrang yang bermalam di Tapah pun nak ke Teluk Intan. Diorang memang dah dekat sangat dah. Tapi last sekali, kitorang tak jadi atas sebab-sebab tertentu. Tapi korang jangan ingat cerita ini habis kat sini je. HAHA. Diorang dari Tapah sanggup turun Lumut semata-mata nak lepak sama. Inilah yang dinamakan persahabatan :)AHAHA. Kitorang pon pergilah ke...bla bla bla...................*forward



Pada hari Ahad pulak, tibalah masa untuk aku berangkat ke Ipoh Bandaraya. *padahal lepak lagi. Banyak juga lah kenangan pahit manis sepanjang tiga hari aku berada kat sana. Lain kali, kompom aku pergi lagi. Maybe next time aku pergi sana, aku akan.....bla bla bla....................*forward

Ok lah. itu aje kot. Cerita panjang-panjang, bukan best pun. bye :)

Kellie's Castle

7 Disember, Aku,Isa,Apek,Fadz,Yana dan Hani jalan-jalan bergambar di Kellie's Castle,Batu Gajah,Perak. Tapi Isa bawak si Hani pulak dah yang ala-ala model ini. So outing ini mcam lebih kepada modelling shoot pulak. hehe. Konon-Konon nak buat photoshoot lah kan. Tapi macam tak sedap lah panggil 'photoshoot'.Gaya macam pro photographer je. Elok aku namakannya jalan-jalan je. huhu.

Aku ceritakan serba sedikit la pasal istana ini. Banyak sejarah Kellie's Castle ini sebenarnya. Istana ini telah dibina oleh William Kellie lebih kurang pada tahun 1920 lebih macam tu kot. Aku ada terbaca satu artikel yang ditampal kat satu dinding dalam itu, roh Kellie William masih berlegar-legar di balkoni tingkat dua itu. Tak tau lah betul ke tidak. huhu seram.

Istana ini tak sempat disiapkan oeh Kellie. Itu yang jadi tarikan agaknya ramai juga pengunjung yang datang.Oleh sebab itu juga lah ada banyak cerita yang tak sedap. Ada pulak dengar cerita, selepas Kellie meninggal dunia, ada juga usaha nak siapkan istana ini. Tapi pekerja-pekerja sikit demi sikit mati. Siapa bunuh? Jangan tanya aku. HAHA. Kalau nak tahu lagi pasal sejarah istana ini klik sini.


 








 Kalau korang bosan-bosan dan ada masa, datanglah ke Kellie's Castle ini. Memang sesuai dan cantik la kalau nak tangkap-tangkap gambar. huhu