Showing posts with label futsal. Show all posts
Showing posts with label futsal. Show all posts

Tahniah Malaysia

1st leg

Malaysia...boleh!! Malaysia...boleh!! begitulah gemanya suasana di Restaurant Nasi Vanggey,Ipoh yang dibanjiri penyokong-penyokong berbaju kuning,warna utama Harimau Malaya. Ditambah pula pasukan bola sepak Malaysia mempersembahkan kualiti permainan yang agak baik di tempat sendiri. Pasukan Harimau Malaya di bawah pimpinan Rajagopal berjaya menutup mulut penyokong Indonesia dengan kemenangan 3-0. Kekecewaan penyokong pasukan Indonesia jelas kelihatan. Ada juga penyokong berbaju merah yang berani hadir dan melepak di tengah-tengah puluhan penyokong Malaysia di restoran ini.

 Rezeki aku pula bertambah baik apabila setiap orang yang menonton perlawanan tersebut di restaurant ini diberi voucher rm5 secara percuma daripada TM. Terima kasih TM. Kedua Ibu bapa saya pun kirim salam kepada TM dan mengucapkan terima kasih.

Ok penat dah berbahasa. haha.
Suasana meriah dan friendly penyokong-penyokong di Vanggey membuatkan aku nak pergi lagi untuk perlawanan 2nd leg antara Malaysia dengan Indonesia. Tambahan pula, kita diberi voucher percuma lagi. Sah-sah makan free. hee.

2nd leg

Tidak sabar rasanya menjelang perlawanan malam itu. Lepas Maghrib memang terus dah nak gerak ke Restaurant Nasi Vanggey. Siap bawak kamera lagi untuk merakam aksi-aksi penyokong Malaysia. Kali ini aku ajak la kawan-kawan sebab itu hari dengan parents. Yela benda baik, apa salahnya kita share kan, dapat makan free semua.

 Aku nak pergi sendiri pada mulanya. Tapi kawan A tu nak pergi sama-sama. Ok fine, aku dengan sorang kawan serumah tunggu. Tunggu punya tunggu, call je 'on the way'. Then malaslah nak desak sangat suruh cepat. Yang kawan B pulak dah siap awal juga tapi sama lah macam aku menunggu kawan A ini. Padahal kawan B ni ada kereta sendiri juga.

8 pm-game dah pun start, aku masih kat rumah. Bila aku call kawan A ni,dia suruh kitorang gerak dulu dengan kawan B. WTF? Aku tak pasti apa masalah sebenarnya. kami pun pergilah ke Vanggey itu. Sah-sah lah full. At last, kami tengok je kat Dataran Ipoh. Dari tengok kat situ, baik tengok kat rumah bersama member-member serumah yang lain lagi meriah.Sepanjang lepak kat dataran itu, aku tak nampak pun batang hidung si kawan A ni. Apatah lagi lubang hidung. HAHA.

Aku post benda ni bukan dituju kepada si kawan A tu. Tapi kepada semua kawan-kawan aku lah. Bukanlah nak mengutuk atau membuka aib orang.Tujuan aku selitkan pasal ini untuk dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan kepada diri aku sendiri dan korang semua. Jangan janji kalau rasa tak boleh ditepati. Apa salahnya cakap dari awal. Tak ada lah menyusahkan orang. Ini siap suruh tunggu lagi. Dah tu satu maaf pun tak ada. Aku tak kesah sangat sebab jaga hati kawan punya pasal kan. Tapi dengan orang lain? Bukan kali pertama benda ni terjadi. Hal yang melibatkan orang lain ni, jangan buat main. Kau salah, aku tegur. Aku salah, ko tegur.

Kalau lah si kawan A tu terbaca entry aku ni, aku memang mengharapkannya lah. Selagi tak ada orang tegur ko, selagi tu lah ko macam tu. Kalau kau datang Dataran Ipoh malam tu, memang aku nak direct je.D Sorry to say lah. Nice to see nice to hold, once broken considered sold. HAHA tiba-tiba.


 Apapun, tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia, juara AFF Suzuki Cup 2010

bila tak ada,mencari....bila ada,terlebih la pulak..

ok..well korang tau kan aku sedang bercuti sekarang ini. begitu juga lah dengan kawan-kawan yang lain. byk lah terima mesej pesanan ringkas dari mereka cmni 'weh,bosan dol..futsal jom!','wei..tak ada team ke nak lawan haa?(mmg aku pencari team pon)','wei cari team nk lawan,malam ni jugak lah kalau boleh' dan macam-macam lagi lah. tak. tak ni bukan nak marah sebab aku je yang cari team.aku tak kesah pon. tapi mmg tak ada lah kan. bosan cuti tak ada buat apa nih.

nak dijadikan cerita, aku ade deal ngn team Kamal malam semalam untuk berman pada malam ini.(memang korang kenal pon kan kamal tu sape.) haha. ala kawan satu sekolah rendah dulu. lama tak jumpa. tapi dia tak kompom lagi. papehal,die bagi mesej pesanan ringkas kalau jadi. tiba-tiba malam ni Botak call cakap malam ni ada game pukul 11 kt SP. aku pon ok!

15 minit kemudian...

John pulak call, suruh book court untuk malam ini. lawan dengan team membe dia. eh terlupa nk ajak John game tadi. haha sorry weh :P pastu ajak, suruh die extend game dengan membe dia tu. die pon berat hati, fine.

15 minit kemudian...

Si Kamal pulak bagi mesej pesanan ringkas 'wei malam ini pukul 12 kat SP'
ohh damn!! -__-
tak nak kecikkan hati siapa-siapa. aku pon on je lah!

15 minit kemudian...

aku bg mesej pesanan ringkas kat john ada 2 game malam ini. John bagi mesej pesanan ringkas kat aku balik'ohh ok, pukul 1 lawan dengan membe aku pulak tau?' WTF!! haha.
tapi rupa-rupanya dia bergurau perli *aku tau tapi saje je bagi korang cm WAAHH! hehe.

mood: bersiap-siap untuk ke futsal :D