Satu Dunia Menyambut Valentine's Day

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salam Maulidurrasul kepada semua umat Islam. Sama-sama kita selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.


.::.VALENTINE" adlh nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adlh hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini isytiharkan hari tersebut sbg hari 'kasih sayang' krn pada nya Islam adalah ZALIM. Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sbg Hari Valentine. Jadi, mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini krn hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol.::.


Seperti yang sedia maklum(entri), Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day akan disambut oleh semua pasangan-pasangan di dunia yang fana ni pada 14 Februari setiap tahun. Hanya segelintir masyarakat yang tak menyambut perayaan ini ATAS NAMA ISLAM.

Alhamdulillah, ada jugaklah sesetengah daripada kawan-kawan aku yang postkan status mengatakan TIDAK kepada Hari Kekasih ni. Siap ada yang mencaci maki sesiapa yang menyambut perayaan ni. Ada juga yang tak nak mengaku kawan kalau ada antara kawannya yang sambut perayaan ni dan macam-macam lagi lah. Kita ambil semua itu dari sudut positif ok. Bagus!

Tapi..... apa kejadahnya update status macam tu sedangkan profile pic gambar tengah berpeluk dengan pasangan ? Bukan main lagi mengalahkan  orang yang sambut valentine pulak. Ada jugak yang pegang konsep 'Hanya pada Hari Kekasih, kita tak boleh bersama(dating)' sebagai tanda yang menunjukkan mereka tak sambut Hari Kekasih. Maknanya hari-hari biasa boleh la? Tolong jangan bermain dengan hukum kalau kita tak tahu. Kalau lah dah tahu kita pun melakukan benda yang salah, buat apa kita nak suruh orang lain jangan buat kesalahan tu. Sebaiknya diam je lah. Lebih elok kalau muhasabah diri.

Apa yang aku ketengahkan ni adalah apa yang terlintas dalam fikiran aku bila baca status-status yang menyejukkan hati tu. Namun aku nak ingatkan juga, tak semua daripada yang ada dalam senarai kawan aku kat Facebook macam ni(pandai berkata-kata). Ada yang ikhlas menasihati kawan-kawannya. 

Akhir kata aku ingin memohon maaf kepada sesiapa  yang terasa. Aku tujukan benda ni secara general. tak ada niat nak ditujukan kepada siapa-siapa. Ini hanya lah pendapat aku. Kalau korang rasa aku salah, sila tegur.  Orang yang matang ialah orang yang boleh menerima pendapat orang lain. So, be mature ok :)

2 comments: