Kellie's Castle

7 Disember, Aku,Isa,Apek,Fadz,Yana dan Hani jalan-jalan bergambar di Kellie's Castle,Batu Gajah,Perak. Tapi Isa bawak si Hani pulak dah yang ala-ala model ini. So outing ini mcam lebih kepada modelling shoot pulak. hehe. Konon-Konon nak buat photoshoot lah kan. Tapi macam tak sedap lah panggil 'photoshoot'.Gaya macam pro photographer je. Elok aku namakannya jalan-jalan je. huhu.

Aku ceritakan serba sedikit la pasal istana ini. Banyak sejarah Kellie's Castle ini sebenarnya. Istana ini telah dibina oleh William Kellie lebih kurang pada tahun 1920 lebih macam tu kot. Aku ada terbaca satu artikel yang ditampal kat satu dinding dalam itu, roh Kellie William masih berlegar-legar di balkoni tingkat dua itu. Tak tau lah betul ke tidak. huhu seram.

Istana ini tak sempat disiapkan oeh Kellie. Itu yang jadi tarikan agaknya ramai juga pengunjung yang datang.Oleh sebab itu juga lah ada banyak cerita yang tak sedap. Ada pulak dengar cerita, selepas Kellie meninggal dunia, ada juga usaha nak siapkan istana ini. Tapi pekerja-pekerja sikit demi sikit mati. Siapa bunuh? Jangan tanya aku. HAHA. Kalau nak tahu lagi pasal sejarah istana ini klik sini.


 








 Kalau korang bosan-bosan dan ada masa, datanglah ke Kellie's Castle ini. Memang sesuai dan cantik la kalau nak tangkap-tangkap gambar. huhu

No comments:

Post a Comment