Super GT 2011 (part 3)

Assalamaualaikum dan Selamat Sejahtera.
Sambungan dari Super GT part 2. Korang boleh jugak baca Super GT part 1 kalau nak lah. Tak nak tak apa. haha.

Dalam part 3 ni aku nak share pasal Rock and Race. Aku penat lah nak taip balik, so aku singkatkan jadi RnR ok? RnR ni sebenarnya nama event persembahan artis-artis yang terlibat lah iaitu Lan Typewriter, Hujan dan Coca D Monday. Sepatutnya band Radja ada sekali tapi dorang buat taik kot dua hari sebelum event. HAHA. Radja Radja.

Masa aku kat sana, memang dah mindset takkan miss RnR ni sebab Hujan ada perform. Salah satu band fevret aku. Ye aku rasa aku ada publish pasal ni kat entri yang bertajuk layan jiwang. Aku minat pun sebab lagu, kualiti, dan muzik nye. Aku takde lah sampai tiru gaya diorang kan. Jadi diri sendiri lah. hehe.

So lepas dah shoot beberapa biji kereta kat litar aku keluar bergegas ke pentas. Sampai-sampai Hujan tengah soundcheck. Wahh 1st time tengok depan mata ni. Teruja gila lah. Tangan pun terketar-ketar ambik gambar. HAHA.


AG nampak lain bila tengok depan-depan. Sebab ikat rambut kot?

Haa tak banyak pun. Soundcheck je pon. Noh pulak menyorok je. Time ni dalam hati aku, 'kalau lah aku dapat jumpa diorang tangkap gambar sama-sama. memang best lah tak tau nak cakap apa.' Ok mood berangan masa tu. Lupakan je. Memang takkan terjadi kot. Dapat tengok depan pentas pon jadi lahh. 

Habis soundcheck ada GT queen perform apa ntah. Dok cakap-cakap jepun.
 Malas aku tengok. baik tengok race. HAHA

Dah habis race aku pon keluar lah dari grandstand tu. Dalam perjalanan tu, jeng jeng jeng...akan diceritakan di penghujung entri. hehe

Sampai kat pentas, RnR baru nak mula. Masa tu dah pukul 6.30 petang dah. 1st performer, Coca D Monday. Band ni boleh tahan jugak bawak konsep reggae. Lepas dari tu, aku layan gak lah diorang ni. Terasa macam berada di tepi pantai pulak layan lagu diorang ni. HAHA. 




Baru dua tiga lagu layan diorang, aku kena balik. Pasal aku gi sana pun ikut orang je. Hmmm, tak sempat tengok Hujan dan Lan perform. Hampa tu ada lah jugak tapi takpe lah. Rasanya dah cukup kot hampa tu dah diubati awal-awal. Nak tau apadia? Sebenarnya taknak cerita tapi ramai yang tanya-tanya. Cerita je lah. HAHA.

Haaa kan cerita aku on the way keluar dari grandstand selepas race habis tu, ni nak sambung lah ni. Tengah jalan-jalan tu ada sorang brader ni masuk jalan aku keluar dari sebuah booth tepi jalan tu. Die jalan cool je muka ketat. Macam kenal, memang kenal! Hangdimas wehh! Korang kenai dak? Manager dan keyboardist band Hujan. Jantung aku dup dap dup dap. Jalan belakang dia ni, nak tegur segan sebab nampak macam sombong. Aku pon memotong ikut lane kanan dalam 3meter depan dia, aku pandang dia. Die perasan then senyum. Aku pon mintak lah amik gambar satu.

Tadaaaa! sukedak? sukedak?

Dapat jugak gambar. Pastu sambil die jalan menuju ke backstage dan aku pulak nak menuju keluar, dia sembang lah taktahu perform pukul berapa semua, kami disuruh standby je la. Dalam hati aku, perghh sembang dengan dimas lah dohh. Rupanya dia sporting je. Tulah don't judge a book by its cover. hehe

Backstage bersebelahan je dengan pintu keluar. So nak sampai backstage tu dia bersuara macam ni 'taknak masuk?' Ish itu time memang taktau nak cakap apa. Sape tanak kan? Orang gila je tanak. Aku tanya lah 'boleh ke?(tanak berterus-terang)' dia balas pulak 'jom!' OMG!

Tadaaa! sukedak?
 Tengah text misznina lah tewww

 Noh lah paling kuat nyakat aku dan banyak cakap.


hehe. Saat aku menjejakkan kaki masuk dalam khemah tu rasa lain macam je. Betul ke aku ada kat sini. Rasa macam nak tampar-tampar muka sendiri, mana lah tahu mimpi je kan. haha.

Dalam tu ada mereka berempat dan ada lagi tiga empat orang membe diorang jugak kot. Takpun krew-krew. Takpun orang kuat raingers ke. Ntah la.Masuk dalam tu aku diam je. tak banyak cakap pasal segan satu. Tak sangka pon satu. Tangkap je lah gambo, tak pikir dah cantik tak cantik. Asalkan ada gambar. hehe. 

Dalam lebih 5minit kot lepas tu diorang nak perform dah. Nak kena ready. Eh mana boleh aku takde dalam gambar. Dengan selamber aku suruh sape ntah tolong amik gambar aku dengan Noh. Pasal yang lain masing-masing tengah duduk. Takkan aku nak panggil diorang berdiri kot. Siapa lah aku ni. HAHA.

Ok abaikan aku yang hitam tu. Biasalah sunburn kat sana. HAHA

Dah nak belah tu lepas salam-salam semua yang ada kat situ, aku ingat lagi Dimas cakap kat aku 'nanti tangkap gambar kami cantik-cantik masuk kat facebook ok' Aku pon memang semangat lah pergi depan pentas dok betul-betul depan sekali. Penyudahnya sempat shoot Coca D Monday je. Nak kena balik pulak. 

Kecewa ada, gembira pun ada. Mungkinkah ini yang dimaksudkan dengan 
'kebahagiaan dalam perpisahan' bak kata Shahir. kahkahkah! 
Ok lah sampai di sini sahaja. Chiouss!

6 comments: