Overnight di Lumut/Pulau Marina

Lumut
Ok malam 1hb Disember aku,Ajay,Fad,Edy,Cat dan Razi lepak-lepak makan then terus ke Lumut. Dah kat Lumut tu ada apa pulak kan. Ajay dan Razi bawak gitar. Yela diorang je yang reti main. hehe. Apa lagi? tak kan simpan dalam kereta je kot. Bawak lah keluar and cari satu port. Ok port kami ambik ini senang cerita, lengang-lengang la orang. Line clear je. Petikan gitar dituruti suara-suara sumbang mula bernada~

 Dari port kitorang lepak yang tak berapa nak ada orang tu,tiba-tiba jadi ramai. Bukan lah ramai macam tengok konsert ke apa. Cuma bertambah-tambah la orang lepak dekat-dekat situ. Siap ada yang merakam aksi kami lagi. Kami pulak selamba je nyanyi kuat-kuat semua kan. hehe. Aku kalau dah ramai-ramai, hilang lah segan tuh. hehe.Kalau siapa-siapa yang terbuka ke blog aku ni yang ada kat Lumut,depan Hotel Putra tu waktu ini,'kami lah yang nyanyi-nyanyi tuh.' HAHA.

 Haaa. ini antara bro yang datang kat kitorang tanpa segan silu nak lepak dengan kitorang. Yang baju Levi's itu. Rilek je tegur 'Assalamualaikum... best kan lepak-lepak macam ini, aku suka.' Yang bestnye bila aku bagitahu yang kitorang 18tahun, dia terkejut. Dia ingat dalam 20-an macam tu katanya. hehe. Yang kitorang pulak bila dia bagitahu dia 32 tahun,kitorang lak terkejut. HAHA. Nampak macam muda. Yeah, kami dah nampak matang. HAHA



 Pulau Marina
.Bila dah bosan asyik tempat itu je kami lepak, kami pun beralih angin ke tempat yang tenang
sikit. Lewat-lewat malam,awal-awal pagi ini,seronok layan jiwang. hehe. Kami lepak kat titi halus,menghadap air laut yang berada di Pulau Marina. Memang tenang gila la wa cakap sama lu.


 Lihatlah muka masing-masing,melayan perasaan. Masing-masing menyanyikan lagu sementara dalam hati untuk ikhlas untuk orang yang tersayang.*tapi aku tak lah,mana ada awek.HAHA.Tapi memang layan habis lah. Dari lagu yang tak tau,jadi tau secara tiba-tiba. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.Bunyi air berkocak dan menghempas pantai. Fuuhhhh~

p/s: kitorang ada record nyanyi lagu Adamaya. Tapi tak payah la upload. Tak elok bukak aib orang. HAHA  tiba-tiba.

Lepas dah penat, kami pun berjalan lah lalu ternampak bola-bola kat atas padang yang agak lapang jugak lah. Ingatkan bola itu untuk hiasan semata-mata. Tapi siapa entah yang cakap memang boleh main, kami pun bedey je ler.HAHA. Da macam budak-budak dah waktu itu. Lawan siapa berdiri paling lama dan berjalan atas benda alah itu. Tapi peduli apa, bukan selalu. Lagipun bukan ada orang pun. hehe. Agaknya waktu petang, ramai kot yang main bola-bola ini.

Kesimpulannya, gentle aku cakap, best gile lepak malam tu. Dalam banyak-banyak lepak, malam itu lah yang aku macam rindu dan rasa macam nak kembali. HAHA. *bapak geli doe. Dengan malam itu yang tak berhenti-henti gelak. Aku penat gelak sampai terdiam malas nak bukak mulut dah. hehe. Ini semua Zahidi Syafie punya pasal. HAHA.

2 comments:

  1. gambar second last: JUSTIN BIBIR MALAYA. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH.

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHHA. Rupa justin bibir. suara KRU.

    ReplyDelete