BBQ di Ulu Yam

22hb november, kitorang telah mengisi cuti sem kitorang dengan aktiviti yang macam menarik jugak lah. Tak lah sekadar lepak-lepak maple sembang kosong berjam-jam,main snooker,main futsal yang selalu kitorang buat bila cuti.Kitorang itu ialah aku,John,Ajay,Botak,Edy,Topek,Kechik,Fakhrul,Andak,Yaya dan kakak Andak.Hanif mula-mula ok tapi dia kat UITM Shah Alam tak ada bas pagi-pagi.Tapi dia kata dia turun KL jugak tapi lambat sikit lah.Papehal dia text.Memang ada line pon kt Ulu Yam tu. HAHA. Member-member yang lain tak dapat join event kali ini mungkin sebab sibuk atau ada hal lain ke. its ok guys,next time boleh lagi  :)

Malam sebelum event

Masalahnye sekarang,antara kami. Mana lah tahu nak buat BBQ tu sebenarnya. AHAH. Tak apa. Biar tak reti, tapi ada semangat mencuba. hehe. Malam 22hb tu Isa Hanis bawak kami ke supermarket beli barang. Aku,Botak dan Fakhrul pon jalan lah tugas. Kalau nak tahu, kitorang tak tanya satu benda pon kat situ. Bak kata Botak, biar kita tak tahu, asalkan orang tengok kita macam tahu. HAHA.

Nak tahu tak ape resipi yang kami gunakan? haa, jawapannya tak ada resipi !! kami main tabuh je. Tapi korang mesti nak tahu jugak kan? tak apa mari aku senaraikan. Aku tak kedekut ilmu. hehe.
  • ayam/sosej
  • bawang merah/putih
  • serbuk cili
  • kunyit
  • daun serai
  • halia
  • sos tiram
  • gula/garam
  • serbuk lada hitam
  • seasoning maggi
Haa. ape lagi? tak ada kuantiti semua? biasalah kata pon tabuh je kan. hehe.
Tapi bile dah habis kerja semua masa nak masuk peti ais .BEERRGHH!! menusuk kalbu bai. Dari bau dah tahu dah memang ramuan ni sedap gile.*poyo gille puji diri sendiri.hehe. Rasa macam nak bakar malam tu je rasanya. Tak apalah. tunggu je esok. Sabar itu separuh daripada iman :)
  

Hari event

Tiba lah hari yang dinanti. cewah. Plannya pagi-pagi lagi dah nak gerak dah. Paling bansat pon sampai sana dalam pukul 10pagi.Tapi faham-faham jelah. Kami orang melayu. Pukul 10 tu lah diorang bangun*diorang je, aku bangun awal. HAHA. Tengok-tengok tengahari jugak. Penatlah bercerita, biar lah gambar menceritakan segalanya...






  Haa nampak tak betapa nampak macam sedapnya ayam itu. Bukan macam lagi,memang sedap lah. Bukan aku yang kata, bukan botak yang kata,bukan fakhrul yang kata. Tapi mereka yang kata.'korang dah boleh bukak bisnes dah ini','ramuan ini best,asal tak record?',berghh,pedas dia buat kita rasa nak lagi' dan macam lagi lah.Benda-benda macam ini dah bosan terngiang-ngiang kat telinga nih.HAHA. Lagi satu, bila kita makan ayam ini kan, fikiran kita macam terhenti seketika.tak boleh berfikir. Tengah kunyah tu, 'apa yang aku fikir ini'. Betapa sedapnya hasil air tangan kami bertiga.HAHAHA.

 Ini adalah bukti. Kechik tak dapat nak berfikir masa dia tengah mengunyah ayam tu.HAHA

 Lihatlah, semua tak mengendahkan kata-kata Botak.

 Kechik masih lagi belum mendapat jawapannya sementara John macam baru tersedar 
setelah ayam sampai ke perut. HAHA.








gambar nampak soft sebab cahaya dan air-air yang sikit-sikit terkena kat filter masa aku redah air terjun untuk ke tempat yang lagi cantik. Air paras atas perut, bawak kamera. gamble tak? HAHA.

On the way nak balik tu, masa baru nak ada line telefon. Dapat pulak masing-masing mesej dari celcom/maxis 'you have xx misscall'. Dari pukul berapa ntah hanif tunggu kat Terminal Putra Gombak. Kesian kat dia.Sorry Haniff. Tak tahu nak salahkan siapa sekarang ini.
Tak apa lah lain kali buat lagi ye dak? hehe.

2 comments:

  1. bagus doe ramuan korang...boelh ak oder kay korg law overnite nnt...hahha

    ReplyDelete
  2. boleh bole! xde hal. kompom ko nk order lagi utk next event ko. haha

    ReplyDelete