Liverpool Asia Tour 2011

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Dah dua minggu dah benda ni, tapi aku tetap nak update jugak.
Aku pon malas cakap banyak. Nak belagak tunjuk gambar je lahh.
Gambar bukan dari dslr. Credit to Pakjan kasi pinjam FZ.

Hari pertama-Training session 14hb.

Jatuh pada hari Khamis. Ada kelas? peduli apa. langgar! Dari Ipoh ke KL ikut Tapah-TI-Sabak-KS pasal nak amik Botak kt poli Sabak. eksaiteddd gilaa!



 3 legend liverpool. Kenal Ian Rush je yg sweater kelabu tu.




Hari kedua-Joe Cole autography session 15hb

Hari Jumaat. Kelas? pun langgar. Mula-mula macam poyo-poyo gak ah nak running Ipoh balik dari training tu. Last-last lebur. Korang jangan ingat aku skip kelas tak balik rumah tipu mak bapak semua tu pulak. Ni ponteng yang halal. Dapat restu lepas slowtalk sikit. Kalau tak restu, malam tu gak aku running Ipoh, takde hal lah. HAHA. Lokasi di Courts Mammoth Setapak.




 Nampak kan 50 pelanggan courts pertama yang berbaris dengan resit asal dapat jumpa Joe Cole dekat-dekat. Aku kalau berduit, takde hal lah nak beli cerek ke, seterika ke, semata-mata nak jumpa dia. Benda makan pon saving-saving. Nak Joe Cole amendenya.

Tapi lepas habis pelanggan Courts tu jumpa, dorang open untuk semua selagi ada baki masa yang dah ditetapkan untuk sesi ni. Berebut-rebut orang nak masuk termasuklah aku. Tambah hari tu memang penuh dalam tu.

Botak beratur depan aku. Ajay dan Fakhrul memang kat belakang dah. give up awal-awal. Tapi aku rasa aku lagi rela jd Ajay ngn fakhrul tu pasal sampai je turn aku nak lepas security tu, dorang suruh dismiss. Start dari aku sampai ke belakang, dah boleh balik kot. Haih geram gila. Botak lepas pulak. Kalau tak ada dah gambar dengan Joe Cole siap ada sign lagi.

Korang tengok lah gambar ni. Bayangkan aku ada kat tempat Botak tu. Tak ke paling kacak?

Penyudahnya, pinjam jersey Botak tangkap lah gambar sebagai pengubat hati yg luka ni. HAHA

Hari ketiga-Perlawanan persahabatan Malaysia-Liverpool FC 16hb

Rasanya tak ada apa yang menarik kot. Beselah tengok bola kat stadium. Ramai-ramai, sesak lrt semua tu dari tengahari lagi. Conteng-conteng muka lah jualan itu ini lah. 
Camana lah solat dok conteng-conteng muka tu. Pelik. 

Stadium penuh. Tak macam game Arsenal dan Chelsea. Mungkin sebab faktor weekend kot. 
Final result: Malaysia 3-Liverpool FC 6.









Sedap pakai FZ, boleh zoom jauh sikit. Nak beli tele, belum mampu lagi. Thanks skali lagi Pakjan.

1 comment: