Pentax DSLR Camera (part 2)

Ok sambungan dari entry sebelum ini pasal Pentax DSLR Camera.

Kita pergi balik pada model yang lama sikit iaitu Pentax K-x. K-x ini aku tak nak cakap banyak sebab lebih kurang je dengan K-r. Mungkin K-x ni bawah sikit daripada K-r la.


 Ini antara design-design untuk Pentax K-x. Cara jugak lah.

Klik sini kalau nak tengok jugak spec untuk K-x.

Kita tengok pulak K-7 dan K-5.Pergi kat yang lagi tinggi. Mungkin ini pun yang fotografer-fotografer pro kat luar sana nak tengok.Sekarang kan ramai yang terer-terer.Mesti nak tengok yang tinggi.

Pentax K-7 dan K-5 ini dia ekslusif sikit. Tak ada colour-colour macam Pentax K-r dan K-x. K-r dan K-x tu aku rasa bagaikan mainan je dalam brand Pentax ini. Tapi mengalahkan 550D. :P Langit dengan bumi pulak tuh.


                            Pentax K-5                                           Pentax K-7
*klik link untuk specification

Pentax K-5,harganya dalam rm4000 body sahaja
Pentax K-7, dalam rm4688 body+2 biji lens. :)
mahal kan? sebenarnya tak la mahal kalau nak dibandingkan dengan Canon 5D yang berharga rm8000++ body sahaja.

Kenapa aku ambil 5D? 5D tu kamera mahal kot. Tapi nak buat macam mana 5D ni da macam satu taraf dengan K-5 ini. So mana lagi murah dan menguntungkan? hehe.

Lagi yang best and penting Pentax ini, harga lensnya lebih kurang macam tamron/sigma je. Tak ada lah mahal sangat macam lens Canon/Nikon sebab lens Pentax kosong,semua lengkap ada kat body. Nak beli tuh memang tak terbeli lah aku sebagai pelajar ini. Kerja 2 bulan baru dapat beli. motor IS Canon ada kat lens. Nikon D90 ke atas, moto sahaja kat body,VR kat lens. Pentax rilek je,semua dah ada dalam body.

Lagi satu yang menariknya Pentax ini, sensor kamera menerima colour. Bukan macam Canon/Nikon yang menerima cahaya. Kalau cahaya tak ada, tak boleh snap.Dalam Pentax, kalau colour tak ada,tak boleh snap. Jadi dari imaginasi aku, warna gambar akan lebih terang lah. Orang kata pergi die..bergghhh. hehe.

Ayachik kata kalau dah pakai K-5 ini, tak heran dah Nikon 300s, Canon 5D semua tu. Bukan lah nak kata kamera-kamera semua tu kalah dengan K-5. Tapi kita akan macam tak hairan lah dengan nama-nama besar tu sebab kita pakai Pentax je. Dah boleh saing dengan nama-nama besar sedangkan kita keluarkan duit macam nak beli D90 je. huhu.

Bayangkan kita join photogroup yang orangnya memegang kamera-kamera besar macam D300s/7D ke,Tiba-tiba gambar kita lagi cantik. Orang tu tanya,'ko pakai kamera apa?' Kita pon segan silu selamba jawab 'Pentax je. hehe'. Malu doe sebagai pemegang kamera besar. Bak kata Alang masa nature outing itu hari,' buang lah D90 tu kalau tak boleh dapat ROL, ni D3000 lawa gile ROL.gambar mahal ini.Buang lah D90 tu!' HAHA.*Alang bergurau je. sebagai semangat kepada yang pakai D90 untuk cuba sampai dapat.

Aku pun sekarang ini tengah memasang niat lah nak try satu. hehe. Kalau ok. selamat jalan Canon lah.

 hehe.

3 comments:

  1. mungkin ade info yg salah tuh..hehe

    plus..K-5 dan k-7 water resistant, weather proof, dust proof...

    ReplyDelete
  2. harga K-5 dh kuar... RM4000(body only)

    boleh la kirim dgn fathul nanti

    ReplyDelete
  3. tambah beberapa ratus je kn utk dapatkan dua biji lens? hehe

    ReplyDelete