Landscape

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Entri kali ni aku nak share sikit tentang Lanskap dalam fotografi. Kecantikan suatu gambar lanskap patutlah diberi pujian kepada Allah SWT. Dia yang telah menerbitkan matahari, Dialah yang menyuburkan pokok-pokok, Dialah yang menimbulkan awan, dan macam-macam lagi lah.

Untuk menghasilkan gambar lanskap dengan baik, selalunya kita perlu memaksimumkan depth of field. Cara yang paling senang ialah dengan memilih aperture yang rendah(nilai nombor yang tinggi) untuk mendapatkan gambar yang sharp.

 Penggunaan tripod/remote juga digalakkan untuk mendapatkan gambar yang pegun atau tak goyang. Hal ini kerana slow shutter akan berlaku hasil dari pemilihan aperture yang rendah untuk mendapatkan exposure yang seimbang.

Composition juga memainkan peranan penting. Kita boleh apply rule of 3 dengan meletakkan objek seperti pokok, gunung, matahari dan banyak lagi. Bagi yang tak tahu apa itu RO3, klik link ini. Dalam composition ni, Kita perlu kreatif dalam mengkomposisikan gambar. hehe.

Dengan ini aku nak share 1 gambar lanskap yang aku rakamkan di belakang rumah aje kat Sungai Rokam,Ipoh. Tak perlu pergi jauh-jauh nak tangkap gambar. hehe. Pemandangan memang lawa,Allahuakbar. Tapi komposisi? Silalah komen untuk diperbaiki pada masa akan datang. Terima kasih.

5 comments: