Poolside Birthday Party


 Selamat Hari Lahir diucapkan kepada yang diraikan iaitu Nabil,Wina,Nylea,Aqief,Aqeil dan Shera. Agak ramai kan? Sebenarnya birthday mereka lain-lain. Mungkin dalam bulan Disember/Januari. Sebelum apa-apa, aku nak ucapkkan terima kasih kepada tuan rumah iaitu Pak Jan dan Cik Dora kerana bertungus lumus menjayakan party kali ini. HAHA.

Party kali ini mungkin agak berlainan berbanding party-party sebelum ini. Party kali ini lebih cenderung kepada main-main ayor, orang kata. hehe. Menu utama party kali ini ialah kambing. Tapi kambing masak apa pun tak tau lah. Yang aku tau dia bakar. Senang cerita,tengoklah gambar yang disediakan.


 Kelihatan sangatlah sedap. Sangat laku. Letak kejap je dah nak habis.

Bila dah party pun kat kolam, budak-budak pun excited la jugak nak mandi kolam. Lagi-lagi si Nazran. Datang dari Selayang memang pakai swimmingsuit dah. Memang dalam kepala dia datang dengan satu tujuan, sampai terus terjun je tu. HAHA.

Mereka pun terjun lah. Kasi panas badan sebab kebanyakan game adalah dalam air.




 

 



Seronok tengok budak-budak main air. hehe

Banyak juga game yang Pak Jan organised untuk budak-budak dan orang tua.Hadiah juga disediakan.Cabutan bertuah pun ada. Rugi korang tak datang. HAHA
 Pak Jan selaku tuan rumah dan pengacara majlis

. Ada satu game kering yang telah diorganised-kan iaitu Ayam Bertelur. Game ni kalau hati tak kering,tak payah buat lah sebab game ini memerlukan kita untuk menggoyangkan pinggul untuk keluarkan bola ping pong dari kotak tisu yang telah diikat kat pinggang kita. hehe.Siapa yang menang cabutan bertuah sahaja yang layak membuat aksi ini.

 

  Antara yang berjaya melepaskan diri dalam acara ini. hehe

Aku akan memperkenalkan acara-acara basah yang diadakan satu per satu.

Splash terkuat 
  
Antara yang sempat dirakamkan...




Tak dapat dinafikan lagi. Korang tengok gambar pun dah tahu kan siapa pemenangnya kan? HAHA

Menyelam paling lama 



Treasure Hunt versi air

Peserta perlu mencari botol air mineral yang tenggelam dalam air tanpa menggunakan google dan sebagainya. Boleh tahan lama juga mereka cari.


Yeaaa! Aqief yang jumpa!

Perang belon berair

Aku pon tak tau macamana penganjur declare pemenang. huhu.



.Lumba berenang (kanak-kanak)


Itu saja lah game yang telah dianjurkan. Sementara yang main game main game, sempat juga aku merakam gambar kaum-kaum hawa dan yang senasib dengannya. Nanti kata dianak tirikan pulak. HAHA.





Tibalah masa untuk sesi memotong kek. Agak frust juga sebab tak dapat snap gambar birthday boy and girl dengan dekat atas sebab-sebab tertentu masa tu. Keadaan aku yang kelam kabut hanya dapat dari jauh sebab datang-datang dah penuh kepala keliling kek. HAHA.



Selesai sesi memotong kek, makan-makan. Habislah party ini. Ada yang tak puas mandi lagi, mandi lah. Yang penat,muka pucat lesu je, balik lah. HAHA.




Terima kasih kepada Pak Jan and Cik Dora kerana sudi menjemput kami. Party kali ini boleh tahan lah gempaknya. hehe. Terima kasih juga kerana tak membiarkan kami pulang dengan tangan kosong. Terima kasihh sekali lagi lah. Hish terharunya. HAHA. over sudah.
Terima kasih!


Ada nak tambah sikit, aku stay sana sampai malam. So sempatlah tengok birthday boy and girl buka hadiah. hhehe. Rasanya mereka suka akan hadiah yang diberi daripada tetamu-tetamu yang hadir. hehe. Terima kasih sekali lagi.

-1.1.2011-


2 comments:

  1. mekasih haiqal jadi kameraman aritu & jokako!!

    alang2 dah masuk sini, nanti pokjan link kan ajer gambar2 ni ke blog pokjan....bole?

    laptop baru ok? beli apa brand?

    ReplyDelete
  2. ok bole2. hehe. laptop ok.agkat asus 42x..

    ReplyDelete