Dah besar panjang pun guna duit mak bapak? Heh.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Aku nak cerita sikit ni. Sikit je. Mana ada banyak pun kan.

Tadi aku lepak mamak dengan A(bukan nama sebenar). Kami berbual kosong je.
Tiba-tiba datang sebuah kereta bmw 3series yg mata batman tu. 320i kalau tak silap, parking dekat juga lah dengan kami. Tengok kat pemandunya macam baya-baya kami je. Awet muda. hehe.

Lalu si A bersuara, "Eleh, setakat kalau ada kereta tapi mak bapak yang belikan, tak payah la! Kalau tu kereta dia beli sendiri, kalau nak belagak pun orang tak kesah. Entah-entah tu kereta pinjam." Aku pun mengangguk tanda setuju. Heh! Si A pun gelak-gelak bangga. Cerita ni berlarutan hingga ke penghujung. HAHA. 

Aku nak teruskan point aku dalam perkara ni. Korang ramal lah sendiri apa terjadi lepas si A bangga.

  • Kenapa ye? Kenapa kalau nampak orang muda macam masyuk bergaya sikit, orang dah cakap duit mak bapak la. Siapa tahu, dia buat bisnes?
  • Even duit mak bapak sekalipun, kenapa? Kita masih belajar. Mana mampu nak beli sendiri. Kalau dah rezeki dia nak pakai bmw, bmw lah dia dapat dari mak bapak dia. 
  • Bukan kah rezeki itu ditentukan Allah SWT?
  • Tolong jangan berpegang dengan ayat 'kita dah besar usahalah sendiri, jangan harapkan mak bapak je' 100%. Itu semua ayat mengadu domba seorang MLM-ers.
  • Kenapa? Kalau mak bapak korang tiba-tiba bagi kereta mewah, korang tolak ke? 'Takpe lah bah, sy dah besar. Boleh usaha sendiri.'
  • Jangan ingat diri kita tu dah besar sangat terutama perempuan. Selagi tak kahwin, masih di bawah tanggungan mak bapak ok.
  • Bagi aku orang yg cakap-cakap macam ni sebenarnya cemburu. Jauh dalam sudut hati mesti ada keinginan juga.
  • Rezeki masing-masing la derr.
Kesimpulannya, kita perlu ingatkan diri kita bahawa setiap apa yang kita dapat. Itu semua dari Allah. Tak kisah la mak bapak ke, datuk ke, nenek ke, moyang ke yang bagi. Itu semua dari Allah. Kalau kita tolak pemberian tersebut, samalah dengan kita tolak pemberian Allah. Yang penting, kita janganlah berlagak dan riak bila dapat sesuatu kerana rezeki yang Allah bagi tu juga merupakan satu ujian dari Allah untuk kita.


*seronoknya kalau  jadi anak orang kaya. HAHA. jealous!

2 comments:

  1. betul...aku pun jelos jugak kekadang..tapi aku ta penah plak cakap macam si A tu

    ReplyDelete
  2. perasaan cemburu tu semua org ada. kita usaha la. ade rezeki, ada :)

    ReplyDelete